21 February 2014

Jodoh itu milik Allah.

Assalamualaikum ~

Cakap soal jodoh tu ingat pasal kahwin je realitinya. Orang tak sedar kadang-kadang jodoh tu tentang jumpa dan kenal orang yang sepatutnya hadir untuk satu jangka masa dalam hidup kita. Jodoh dengan ketentuan dan perjalanan kita di atas muka bumi ni.

Jodoh aku bertemu dan berkenalan dengan 13 orang (dulunya 11 dah tambah dua) yang bagi aku, merupakan orang-orang paling hebat dan disayangi oleh aku ni merupakan ketentuan yang paling aku syukurkan.

Bayangkan, aku dulu tikanya tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Dengan keputusan 6A aku yang tak laku tu, aku gagahkan juga dengan sokongan parents untuk jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam untuk mohon course yang sesuai untuk diri aku. At first nak Computer Science, angan-angan dan cita-cita yang hampir sangat dicapai sebab aku pernah dapatkan surat tawaran (lepas rayuan) untuk masuk UTeM, ikut jejak mama, belajar tempat mama kerja. Tapi hati berubah, nak jugak UiTM, tapi dan-dan je kena tolak pasal Add Math yang secantik-cantiknya merosakkan sijil SPM aku. Maka permohonan aku gagal on the spot. Ditolak mentah-mentah.

Maka jejaklah aku ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam. Selangkah aku masuk, hati aku rasa lain. Aku tetapkan dalam hati aku, inilah kursus untuk aku, inilah yang aku nak, di sinilah aku nak tempa nama. Tapi sayangnya pergi hari Jumaat, siapa je yang nak masuk pejabat? Kosong. Kosong. Tipis harapan aku. Tiada orang yang boleh aku jumpa untuk tujukan permohonan aku untuk kursus ni.

Keluar UiTM, mama ayah bertanyakan sama ada aku nak TESL atau MASSCOMM. Panjang jugalah "Errmmmm.." aku waktu tu. Tak nak! Hati kata seni jiwa aku.

Dengan rezeki dan ketentuan Allah, phone ayah berdering tengahari panas dan lapar tu. Lepas ayah letak phone, terpacul ayat mudah dekat mulut dia: "Kita balik Melaka."

Dalam kereta, mama ayah dah bagi aku mentality speak. Macam-macam nasihat curah dekat aku. "Awak sure nak course ni? Ni dah kira tetap tau, dapat interview hari ni, kira awak dapat spot. Awak sanggup ke belajar macam ni? Banyak pakai duit tau? Ntah-ntah tidur malam pun tak dapat. Hati-hati dengan keputusan awak."

Jejak baliklah aku ke UiTM Lendu, Alor Gajah, tempat satu tikanya aku menangis merengek berlari bermain dekat kawasan kediaman staf sebelum aku dibawa ke US untuk dua tahun setengah. Tempat yang tak aku sangka jadi rumah aku bila aku besar. Naik je Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka yang sesungguhnya pertama kali aku jejak, aku dibawa untuk interview untuk memohon kursus Seni Reka Grafik dan Media Digital.

Jodoh otak dan tenaga aku adalah dengan kursus ni.

Tapi jodoh hati dan perasaan aku dengan diorang. Ada lagi tiga semester. Bukan lama pun lagi setahun setengah je. Sedih fikirkan.

Kami ditentukan Allah untuk bertemu, kelas A, kelas yang hebat, dinamik, unik dan susah untuk difahami auranya.

"There's something about this class. Kamu ada sesuatu yang tersendiri, saya boleh nampak. Walaupun saya tak tahu benda apanya, tapi kekalkanlah benda ni sampai bila-bila." - Facilitator Kemahiran Insaniah, 2014.

Malam hening masing-masing kat rumah diisi gelak tawa bersemburan macam orang gila hanya sebab baca message dekat Whatsapp. Parents tak faham kenapa kita bergantung sangat dengan phone, tapi kalau dah setiap aktiviti yang dilakukan boleh menjadi satu perbualan panjang sampai malam, maka jodohlah namanya. Sakit, pahit, pedih, putus cinta, masalah peribadi semua kami kongsi. Macam tiada halangan, macam adik beradik. Buat air oren pun beritahu, gambar hantu yang ditakuti kongsi bersama, gambar-gambar buat muka hodoh jadi satu perlawanan, gosip hambar tentang pakwe dan scandal jadi isu seharian, sakit dan lapar diberitahu, gambar kek yang dibakar jam 3 pagi dikongsi.

Makin jauh makin kuat rindunya. Bila dekat, makin menjadi gilanya. Tak perlu pura-pura, tak perlu jadi orang lain.

Selesa.
Bahagia.

Bahagia aku dekat Lendu dan cinta aku untuk kursus aku dan kumpulan Eminerds.

Photo: Penepung birthday boy.

Sebahagian daripada orang-orang yang buat hidup aku sungguh bermakna. By the way, happy 19th birthday Haziq Amir. Kitorang sayang kau sangat-sangat. Semoga persahabatan kita semua berkekalan atas redha-Nya.