25 January 2014

Intervention.

"...and Allah's arrangement is so beautiful."

Assalamualaikum ~

Manusia buat silap. Perasaan tak puas hati tu akan sentiasa ada di mana-mana. Lain orang lain perangai. Tapi adik-beradik akan sentiasa menyayangi masing-masing even kalau bergaduh pun kan?


Awak banyak buat silap. Tapi kami faham, awak selesa dengan cara awak sampaikan awak tak nampak silap awak. Tapi awak baik, awak penyayang. Dan marah macam mana pun saya, sakit hati macam mana pun saya terhadap awak, awak tetap kawan baik saya yang sangat-sangat saya sayang dan tak berani saya lemparkan perasaan benci pada awak. Saya bersyukur adanya awak dan saya harap awak rasa benda yang sama terhadap saya.


Awak nampak pentingnya untuk kita semua selesaikan masalah ni. Awak yang rasional. Awak yang sempoi dan kasual. Dan awaklah yang paling tenang antara kita berempat semua. Saya bersyukur awak ada sebagai pelengkap kita berempat dan kawan yang paling sempoi untuk bersembang. Awak cool dan awak awesome dan awak pandai bergaya. Dan saya sangat suka bila kita berdua bukak cerita tentang kebangangan zaman kanak-kanak ataupun tentang masalah family.


Awak yang paling pendiam antara semua. Walaupun awak sampai lambat, tapi awak tetap join untuk dengar dan beri luahan. Saya bersyukur awak ada sebab awak banyak sangat bantu saya. Awaklah yang tumpangkan tidur saya di bilik awak, paling rajin teman saya pergi beli makan, pergi settle hal-hal lain dan macam-macam lagi. Awak tak pernah bising kalau saya buat salah atau selalu sangat pinjam barang awak lama-lama.


Awaklah yang paling kuat bagi nasihat kat semua orang. Awak macam abang kepada saya. Awak sangat caring dan penyayang. Saya tak suka awak sakit sebab kitorang. Saya taknak awak stress over benda macam ni lagi. Saya bersyukur awak ada, awak paling kuat jaga kitorang semua. Awak paling risaukan well-being kitorang semua. Awak suka buli saya dan saya enjoy buli awak. Stay a brother to me, because I love being your little sister.


Awak ketua yang baik. Walaupun awak sempoi dan gila-gila. Tapi itu yang buat awak sangat istimewa. Awak berwibawa dan sangat berbakat. Saya respect awak. Saya bersyukur awak ada sebab awak yang beri semangat pada kitorang untuk jadi satu kumpulan yang tak takut terima cabaran dan rajin involve dalam apa-apa aktiviti. Awak unik dalam cara tersendiri.


Awak perlu jujur dengan semua orang dengan diri awak sendiri. Awak tak rajin luahkan perasaan. Sebab awak suka mengelak masalah. Tapi saya bersyukur awak ada, sebab awak tak kisah dengar masalah saya. Awak suka buat lawak, awak buat orang gelak. Awak jugak yang buat saya tercabar bila awak belajar untuk tests and exams. Awak akan sentiasa jadi class clown dan kitorang happy bila awak ada.


Awak jarang cakap dengan budak perempuan secara direct tapi awak pun pandai buat lawak. Saya bersyukur awak ada sebab awak jadi tukang menceriakan dan pelengkap kumpulan bebudak lelaki paling adorable pernah saya tengok. Gegar suara awak petang khamis haritu dah tunjuk betapa awak sayang semua orang dan awak suka stay dalam group ni. Awak tak nampak tapi sebenarnya bila awak cakap tentang benda serious, awak boleh jadi leader.


Awak selalu buat lawak dalam group dan walaupun awak mengaku awak annoying, awak sebenarnya tak annoying. Saya bersyukur awak ada sebab bila saya luahkan masalah saya awak tak pernah judge saya. Awak baik sangat walaupun awak kata awak jenis straight-forward. Lawak-lawak yang awak buat selalu ceriakan kitorang.


Awak awkward dan awak poyo. Tapi poyo awak tulah yang buat kitorang tergelak-gelak. Awak photographer yang berbakat. Saya bersyukur awak ada juga sebagai pelengkap kumpulan yang jadikan hari-hari kitorang ceria walaupun awak tak selalu bercakap benda yang serious sangat.


Awak baru join group bebudak yang rapat dan gila-gila. Jadi saya ucapkan selamat datang. Awak dah mula gila-gila macam yang lain. Jadi kitorang tengok awak sekarang pun dah tergelak-gelak. Terima kasih sudi masuk campur intervention walaupun tak pernah ada apa-apa sangat yang berlaku antara kami dengan awak. Tapi awak tunjuk yang awak committed kepada kumpulan ni. Hopefully, awak akan kekal dengan kami sampai habis, insha-Allah.


Akhir sekali, sebagai tuan empunya diri, saya minta maaf sekali lagi dengan seikhlas hati dan saya nak ucap terima kasih sebab sanggup terima saya yang degil, banyak kepala, suka mengadu, mengada-ngada dan banyak lagi dalam kumpulan ni. Terima kasih kepada mereka yang selalu saya Whatsapp untuk mengadu masalah dan yang banyak tolong saya go through hidup dekat Lendu ni.

I love you people more than I could ever imagine. Stay put, stay calm dear Eminerds. Don't change a bit because time is flying by too fast. I can't imagine what would be our last day together in the future, it's way too bitter to think of it now. Let's just enjoy what we have and live everyday like it's our last day together. Much love, your Needy.