18 March 2014

15.03.2013

Assalamualaikum ~

Nothing is better than celebrating a best friend's birthday.

Maka terciptalah lagi satu malam yang penuh kenangan buat Eminerds.

Dari hari Jumaat lagi kitorang dah plan nak kenakan Adi sebab birthday dia jatuh tarikh esoknya. Awal-awal tu kitorang cakap ngan dia nak gerak McD Cheng sebab nak celebrate Eminerds sebab dah nak habis sem.

Esok pagi tu aku bangun nak confirmkan birthday Adi, so aku check FB. Tak memasal dia menyanggup tukar tarikh birthday dia. Pandai.

Petang tu aku ngan Mira jemput Qayyim dengan Mu'izz dekat Kasturi untuk jejak rumah aku amek Myvi. Lepas isi minyak bagai terpaksa gak patah balik ke rumah pasal tertinggal kek yang kaklong bake.

 
Ha, biasalah. Takkan ada orang lain yang jadi driver selain dia. Lepas tu driver sorang lagi refuse orang amek gambar dia.

Maka geraklah kitorang semua ke McDonald's Cheng. Adi dengan Qilly kitorang kutip dekat fakulti pasal diorang dating dua ekor buat kerja Illustration sampai petang lepas tu kitorang tarik Adi naik keta Gen 2 dengan kitorang budak perempuan. 

Gila jugaklah tengah-tengah on the way tu dia keluarkan kepala dari tingkap lepas tu jerit-jerit kat Myvi belakang. Memacam hal.


At first tu kat McD kitorang makan cam biasa je. Macam biasalah dah kuar fisheye maka terhasillah group selfie yang sangatlah unnecessary banyaknya.





On the other hand, disebabkan dah banyak sangat sampah packaging, Qayyim dengan Haziq boleh pulak buat fort defence dengan superhero lahh bagai.


Can't deny their creativity tho.

Lepas tu kitorang turun bawah gi amek kek dekat keta. Masa nak naik tu Rayyan record pastu sedap gila aku boleh tersungkur dekat tangga time bawak kek. Siot. Nasib kek selamat. 

Yang takleh blahnye, yang paling aku tak faham pasal diorang ni, kalau tang havoc depan orang bukan main dasyat lagi perangai tapi kalau nak nyanyi lagu birthday depan orang cam haramm.

"Haaappy biiirthd...."
"Shhhh!!! Shhhh!!!"

Poyo. Sume poyo.


Aku rasa bersyukur sangat dapat celebrate birthday Adi. I seriously hope he feels like he's appreciated. Tak pernah aku jumpa orang macam Adi. He's extremely unique cuma dia jenis humble. Aku sangat bersyukur dapat class rep yang sesempoi tapi komited macam Adi. Happy belated 19th Birthday Adi. Semoga berjaya untuk exhibition di Rantai Art Fest nanti. I'll be there, insha-Allah untuk sokong kau.

So, nak dijadikan cerita, kitorang chow keluar dari McD lepas tu kumpul dekat parking lot depan Tesco. Bincang punya bincang, Qila dengan nak pergi karaoke nye tapi budak-budak laki sume tak larat so kitorang pun masuk lam keta terus gerak ke Pengkalan Balak. Ntah, tetibe rasa cam nak jejalan kat pantai pulak malam tu.

Yang seronoknya, Adi nak masuk dekat parking satu chalet ni, dan-dan je masuk slope. Kesian Gen 2. Dekat setengah jam cari jalan keluar and alhamdulillah ada la dua orang abang ni tolong. Lagipun kitorang kan memang majoriti lelaki so sure sangat benda ni akan okay. Masa kereta tersekat ni lahh yang boleh tengok sapa jantan, sapa yang bertanggungjawab dan sapa yang kelam kabut. But we respect the boys nonetheless.


Aku hanya sempat snap gambar Mira je time tu. Masa Adi turun ke tepi pantai, Ayim dengan Haziq dah dapat tangkap dia dah, sipi lagi nak kena campak dalam air. Tapi sebab fikirkan nanti basah masuk kereta tu pasal tak jadi. Baik betul diorang, kalau aku dah campak dah, pastu suruh jemur diri sendiri sampai kering kalau tak, tak balik Lendu.

Dah puas hati lepak kitorang naik kereta balik Lendu. Tapi before balik bilik memasing naik Jebat pulak. Relapse balik segala benda yang jadi pastu perli-perli tanya bila nak buat development bagai. Hampas. Mentang-mentang dah habis assessment.

But it was such a beautiful and memorable night. Only one more birthday to celebrate before the semester ends. 

Just in case you don't follow my blog, or maybe if you do, I'd like to introduce (again) these people that light up my life and give me a reason to wake up in the morning just to experience another day with them.


The ever-so-cool Qila and the nerdy-yet-handsome-and-witty Haziq.


The amazing photographer, Mu'izz and the ever awesome Qayyim.


The most talented Adi with the caring Firdaus.


The very-funny-yet-adorable, Rayyan with the ever beautiful Mira.


And let's not forget the most sweet and helpful, Nana.

One more trip together, two more assessments and one more birthday to go until we turn Part 3's. 

14 March 2014

Pejam celik pejam celik.

Assalamualaikum ~

Blog berhabuk tak sentuh. Hidup tengah tunggang-langgang dengan final assessment. Dah nak habis semester dua. Rasa macam baru je haritu aku membebel kat manusia-manusia kesayangan tu nak daftar kolej jangan pakai seluar jeans nanti kena tahan polis bantuan. Malam tu jugaklah kitorang first lepak kat kedai makan untuk kali pertama semester ni. Esoknya masuk kelas ramai budak laki pakai kemeja biru, jumpa balik lecturer/penasihat akademik kesayangan, Sir Fauzi. Briefing sikit pagi tu then petang tu jugak kitorang merewang ke Alor Gajah.

Fresh lagi dalam otak setiap benda yang berlaku sem ni. Segala selisih faham, segala lawak yang timbul. Makin rapat, makin gaduh, makin rapat. Bukan makin gaduh lepas tu terbiar. Gaduh ada sebab, sebab nak lagi rapat. Dah macam adik-beradik kan masing-masing.

Amira dengan bakti kereta dia.
Nana dengan belas ihsan dan banyak tolong dia.
Qila dengan sleepover kat bilik dia then reminisce zaman kebangangan kanak-kanak dulu.
Daus dengan cerita-cerita dan nasihat dia.
Qayyim dengan jadi partner final project dia.
Haziq dengan happy dia dapat sambut birthday sesama.
Adi dengan artwork yang makin mantap dia.
Mu'izz dengan land jawatan AJK Publisiti dia.
Rayyan dengan jadi panda dia.
Edry dengan makin gila dia.
Pa'an still diam tapi dah pandai mingle.

Dari 11 jadi 13. Bukan niat nak tendang sorang tapi dia tendang diri dia sendiri. Hopefully dia sedar kitorang sayang dia dan sayangkan masa depan dia.

Lecturer makin rajin puji batch 1995 ni. Rapat. Kerjasama. Dedicated. Yes, dedication.

Baru hari ni lepas assess subject paling penting bagi semester ni, Graphic Communication. Dari pagi sampai habis petang, melibatkan sambutan 30 Tahun UiTM Melaka. Cabaran hebat untuk siapkan projek ni dalam masa yang singkat tapi kitorang mampu buat.


Maaf kitorang cabut awal dua jam semalam. Tak sangka korang stay up sampai tiga pagi settlekan hal pameran hari ni. Dah lama aku tak amek gambar diorang bersembilan macam ni. Excluding Farhan dengan Edry sebab app PhotoGrid boleh muat 9 je lepas tu diorang takde Instagram. Haha kejam. Insha-Allah aku try untuk include diorang next time.

Rabak. Memang masing-masing rabak. Dah lama tak rasa rabak macam ni sejak FND last semester. Dan ya, lagi sekali aku betul-betul tidur atas lantai koridor semalam bertemankan Mira ngan Qilly yang gagah buat kerja. Alhamdulillah walaupun aku tak sempat siapakan semalam walaupun aku tak tidur sampaikan tengahari tadi, sempat juga aku siapkan.


Pagi-pagi lagi semua fresh-faced. Tipu la tak penat tapi disebabkan ni final assessment, maka kena gagahkan diri jugak. Berkumpul pulak kitorang kat luar nak settlekan hadiah farewell untuk lecturer Typography kesayangan, Madam Hafizah yang bakal tinggalkan Kampus Alor Gajah dan berpindah ke Puncak Alam. Takpe Madam, insha-Allah saya sambung degree kat sana, nanti kita jumpa lagi. Masing-masing tinggalkan kesan dekat atas vector yang Qayyim buat. Dua tiga kali mamat tu jenguk framed vector tu, cantik sangat gamaknya. Good job, Qayyim. It is really nice.


I am blessed dan aku patut belajar bersyukur. Walaupun aku buat kerja last minute dan logo aku sangat simple, aku dapat perhatian daripada kepala paling atas, well-known Puan Zahara yang sibuk bertanyakan pasal logo aku secara detail. Nervous habis kena present kat depan. Aku cuma fikirkan kawan-kawan aku je.


Definitely a happier family. Bersama mama dan papa kitorang untuk semester ni. Madam Nik yang banyak membantu dan sangat banyak memberi ilmu tentang grafik dan penasihat akademik paling penyayang, beloved Sir Fauzi.

On the other hand, Lendu makin bahang walaupun haze tak teruk mana. Malam je teruk, bau dia kuat dan boleh buat semput. Panas tak payah cakap. Kalau orang Alor Gajah drive-by tepi kawasan utama UiTM Lendu, gerenti nampak kesan terbakar lebih kurang setengah kilometer. Malam-malam hutan terbakar. Kesian Lendu.

Apa-apa pun, time is moving too fast now. Aku tak boleh berpisah dengan diorang lagi dua bulan. Aku rindu. Tapi aku jugak turut rindu betapa kuatnya kitorang membebel kat Whatsapp dengan meme buatan sendiri, dengan cerita hantu, endless voice notes, troll face battles then sampai masanya result keluar, masing-masing bising pasal pointer masing-masing. Dengan aku yang freak out lebih-lebih Dean List ke tak. Tapi insha-Allah tak freak out lagi kot, e-mail aku dah stabil balik.

Tapi tu lah, ada tiga lagi paper yang nak dilepaskan, satu lagi projek besar yang nak disettlekan, satu trip Eminerds yang dinantikan, satu dinner batch '95 yang dalam rancangan dan dua lagi birthday yang akan datang.

This is where my happiness lies and I am truly scared and could not think about how my life is going to be after my Diploma programme ends.