20 September 2013

Jakun tidur atas lantai koridor.

Assalamualaikum ~

So pagi tadi kitorang baru lepas habis final assessment untuk subject yang boleh tahan dibenci iaitu drawing. Cut to the chase, kerja banyak tak siap so kitorang tibai tak tidur langsung. Memang tak tidur, sumpah tak tipu. Budak Art & Design memang sume jadi burung hantu semalam.

Aku pulak, dengan minah tiga ekor kat bawah ni.
Kalau tak kenal aku yang mana, tu ha yang gampang gedik tudung wane hijau belakang tu.

Anyway, kitorang lepak depan bilik Qils sebab koridor dia open space. Start pukul 9 kitorang dari Tun Ali bawak la boxboard gedabak dengan toolbox bagai jalan pergi Tun Hamzah. Tang jalan tu yang best, Nana punya rambut takleh blah dah macam perempuan dalam pantang punya tinggi dia ikat, pastu kebetulan bebudak lelaki kelas kitorang yang nak balik kolej diorang lalu situ. Amek kau, mencecet lari ke bilik Qils.

So, godak sana godak sini, kitorang pun start. First tu memang semua keluarkan phone, lagu pun play, mulut pun nyanyi. Lepas tu start buat nonsense lepas dua jam kat situ, boleh pulak main tukar-tukar kertas. Kau buat aku punya, aku buat kau punya. Pun boleh.

Lepas tu start la Whatsapp bagai. Pergi Bentara jap, beli food lepas tu balik dalam kul 12, Mira ngan Qils dah macam hapa dah. And then dah masuk satu moment tu, kitorang sume start nyanyi lagu dari Pitch Perfect. Gelak nak tersembur pasal Nana perosak lirik, Qils background music, Mira dengan sound effect+singing and then aku stick to singing. Tak pasal-pasal Qils tekan 'record' lepas tu send kat group Whatsapp. Gila. Memang GILA.

Dua jam later (tang ni dah 3 pagi kot) ada budak Fine Art kacau, layankan jelah walaupun annoyed. Lepas diorang blah, kitorang buat onar. First main lagu Gentleman, pastu start pusing sana terlompat sini macam dah masuk air. Lepas tu kitorang bedah capsicum Qils. Macam-macam la jadi pagi gila tu.

Bila semua dah drained, kitorang duduk diam, sambung keje. Azan dah lepas. Masuk pukul 6, aku dah macam mayat kat situ. Aku cakap kat Nana, kejut aku 10 minutes later maka terbaringlah aku atas koridor keras bersimen kelabu tu. Aku rasa tak sampai pun 10 minit aku power nap aku dah sambung kerja balik.

Habis kerja pukul 7.40. Assessment pukul 9. Aku tidur lagi kat koridor level atas fakulti (kali ni tidur bersila, gila apa nak baring depan orang). Patutnya aku tidur sekarang tapi aku teringat pasal nak settle permohonan kolej. Tapi ada masalah dalaman pulak. Tapi takpe, at least aku dapat update.

Sekian cerita tak masuk akal.