18 March 2014

15.03.2013

Assalamualaikum ~

Nothing is better than celebrating a best friend's birthday.

Maka terciptalah lagi satu malam yang penuh kenangan buat Eminerds.

Dari hari Jumaat lagi kitorang dah plan nak kenakan Adi sebab birthday dia jatuh tarikh esoknya. Awal-awal tu kitorang cakap ngan dia nak gerak McD Cheng sebab nak celebrate Eminerds sebab dah nak habis sem.

Esok pagi tu aku bangun nak confirmkan birthday Adi, so aku check FB. Tak memasal dia menyanggup tukar tarikh birthday dia. Pandai.

Petang tu aku ngan Mira jemput Qayyim dengan Mu'izz dekat Kasturi untuk jejak rumah aku amek Myvi. Lepas isi minyak bagai terpaksa gak patah balik ke rumah pasal tertinggal kek yang kaklong bake.

 
Ha, biasalah. Takkan ada orang lain yang jadi driver selain dia. Lepas tu driver sorang lagi refuse orang amek gambar dia.

Maka geraklah kitorang semua ke McDonald's Cheng. Adi dengan Qilly kitorang kutip dekat fakulti pasal diorang dating dua ekor buat kerja Illustration sampai petang lepas tu kitorang tarik Adi naik keta Gen 2 dengan kitorang budak perempuan. 

Gila jugaklah tengah-tengah on the way tu dia keluarkan kepala dari tingkap lepas tu jerit-jerit kat Myvi belakang. Memacam hal.


At first tu kat McD kitorang makan cam biasa je. Macam biasalah dah kuar fisheye maka terhasillah group selfie yang sangatlah unnecessary banyaknya.





On the other hand, disebabkan dah banyak sangat sampah packaging, Qayyim dengan Haziq boleh pulak buat fort defence dengan superhero lahh bagai.


Can't deny their creativity tho.

Lepas tu kitorang turun bawah gi amek kek dekat keta. Masa nak naik tu Rayyan record pastu sedap gila aku boleh tersungkur dekat tangga time bawak kek. Siot. Nasib kek selamat. 

Yang takleh blahnye, yang paling aku tak faham pasal diorang ni, kalau tang havoc depan orang bukan main dasyat lagi perangai tapi kalau nak nyanyi lagu birthday depan orang cam haramm.

"Haaappy biiirthd...."
"Shhhh!!! Shhhh!!!"

Poyo. Sume poyo.


Aku rasa bersyukur sangat dapat celebrate birthday Adi. I seriously hope he feels like he's appreciated. Tak pernah aku jumpa orang macam Adi. He's extremely unique cuma dia jenis humble. Aku sangat bersyukur dapat class rep yang sesempoi tapi komited macam Adi. Happy belated 19th Birthday Adi. Semoga berjaya untuk exhibition di Rantai Art Fest nanti. I'll be there, insha-Allah untuk sokong kau.

So, nak dijadikan cerita, kitorang chow keluar dari McD lepas tu kumpul dekat parking lot depan Tesco. Bincang punya bincang, Qila dengan nak pergi karaoke nye tapi budak-budak laki sume tak larat so kitorang pun masuk lam keta terus gerak ke Pengkalan Balak. Ntah, tetibe rasa cam nak jejalan kat pantai pulak malam tu.

Yang seronoknya, Adi nak masuk dekat parking satu chalet ni, dan-dan je masuk slope. Kesian Gen 2. Dekat setengah jam cari jalan keluar and alhamdulillah ada la dua orang abang ni tolong. Lagipun kitorang kan memang majoriti lelaki so sure sangat benda ni akan okay. Masa kereta tersekat ni lahh yang boleh tengok sapa jantan, sapa yang bertanggungjawab dan sapa yang kelam kabut. But we respect the boys nonetheless.


Aku hanya sempat snap gambar Mira je time tu. Masa Adi turun ke tepi pantai, Ayim dengan Haziq dah dapat tangkap dia dah, sipi lagi nak kena campak dalam air. Tapi sebab fikirkan nanti basah masuk kereta tu pasal tak jadi. Baik betul diorang, kalau aku dah campak dah, pastu suruh jemur diri sendiri sampai kering kalau tak, tak balik Lendu.

Dah puas hati lepak kitorang naik kereta balik Lendu. Tapi before balik bilik memasing naik Jebat pulak. Relapse balik segala benda yang jadi pastu perli-perli tanya bila nak buat development bagai. Hampas. Mentang-mentang dah habis assessment.

But it was such a beautiful and memorable night. Only one more birthday to celebrate before the semester ends. 

Just in case you don't follow my blog, or maybe if you do, I'd like to introduce (again) these people that light up my life and give me a reason to wake up in the morning just to experience another day with them.


The ever-so-cool Qila and the nerdy-yet-handsome-and-witty Haziq.


The amazing photographer, Mu'izz and the ever awesome Qayyim.


The most talented Adi with the caring Firdaus.


The very-funny-yet-adorable, Rayyan with the ever beautiful Mira.


And let's not forget the most sweet and helpful, Nana.

One more trip together, two more assessments and one more birthday to go until we turn Part 3's.